CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Thursday, June 9, 2011

Loghat Melaka ye

HAHAHA!yes i'm from Malacca..WHY???nak cakap aku kasau?ofcoz aku kasau..tapi polite gak laaa...okeyh..aku nak share sikit sal loghat nih..ramai cakap yang loghat melaka nih kasau..haha...kalau korang rase nih dah kasau..cube ko tengok loghat lain..same aje..kecoh nau korang nih...even ak melaka but aku jarang guna loghat melaka...lain laa kalau dah buat pasal ngan aku,sampai aku marah tahap tak hingat..baru laaa TERkeluar yang tak patut di dengar..meh tengok pe yang de dengan loghat melaka nih :D



sila perbetulkan lidah sebelum menyebut perkataan2 nie..

Loghat Melaka selalunya yang ada perkataan 'R' dibelakang akan dijadikan 'U', contoh:

Besau - besar
Biau - biar
ulau - ular
Pagau - pagar
Suratkhabau - suratkhabar
Bayau - bayar
Belajau - belajar
Asau - Asar
kasau - kasar


Selain tu, perkataan 'A' selalunya akan ditukar ke 'E', contoh:

Ape - apa
kite - kita
bile - bila
biase - biasa
Melake - Melaka
Kate - kata


ada juga beberapa perkataan yang bertukar kat depan, contohnya:

gumah - rumah
gambut - rambut
ganting - ranting


beberapa perkataan yang sama ngan loghat lain, tp ada bertambah patah perkataan (suka ati je tambah2 kn? ktorg memang suka tambah2 perkataan.. ha2), macam meleret skit, contohnya:

beledi - baldi
lemaghi - almari
berdighi - berdiri
ghupenye - rupanya

* sila ikut lengguk Melake, kalau tak, tak jadik


senangkan? So, biasakan diri anda dengan pertukaran perkataan ni k.

Ada juga beberapa perkataan yang mungkin tak terdapat pada loghat lain, atau mempunyai makna yang lain, contohnya: 

Moh - jom, mari
contoh: moh kita ke rumah makcik

Kendian - kemudian
contoh: kendian je le kite pergi

Sangap - menguap
contoh: asyik sangap je ko nie, tak cukup tido ke?

Lopak - pencil box
contoh: nak beli lopak baru yang ada gambau ultraman

Nau - sangat
contoh: lambat nau ko nie? tak bole cepat ke?

Dak - panggilan nama untuk orang muda
contoh: dak Iza dah bangun ke belum?

Antu - panggilan nama untuk orang tua2
contoh: antu Biah tu dah pegi haji ke?

Sepen - mangkuk tingkat
contoh: ambik sepen tu, aku nak isi kuih


perkataan kasar yang selalu digunakan, tp perkataan ni selalu digunakan masa bergurau dan masa marah (tp tak berapa marah sangat) contohnya:

Hawau - "hawau ko, apesal ko tak bagitau aku awal2"

lahabau - "lahabau punye budak, pencil kontot aku pun ko nak curi ke?"


ada satu cerita nie, kawan aku punye kawan datang ke Melaka. Kejadian ni berlaku dalam bas. Tiba2 seorang lelaki naik dan berkata dengan kasar pada serang penumpang yang lain "Eh ko! Hawau ko.. Aku ingat ko dah mampos, idup lagi ghupenye ko ye..". Kawan aku punye kawan ni pun panik, sampai dah siap nak keluar dari bas dah ni, tiba2 dua2 lelaki ni ketawa, pastu sambung berbual, rupa2nya dia jumpa kawan lama. Camne ayat tu, kasau kan?



p/s : moh le datang melaka..


1 comments:

Mujahadah syahidullah

ulau d atas pagau kan3!!!hehe

Post a Comment